Temuduga Terbuka 6 Februari 2013 & 13 Februari 2013 - Perantis Mekanik & Perantis Penasihat Servis
Jabatan Pengurusan Modal Insan
LocationPusat-pusat servis di Malaysia
Closing Date14 Feb 2013
Responsibilities
Perantis Mekanik :
*Menjalankan tugas membaik pulih enjin kenderaan mengikut standard/spesifikasi kualiti Perodua
*Membantu memberi khidmat pelanggan yang cemerlang
*Membantu mencapai Objektif dan meningkatkan prestasi Syarikat
Perantis Penasihat Servis :
*Membantu Pengurus Pusat Servis dalam segala urusan pentadbiran harian di cawangan berkenaan.
*Menjadi penghubung antara pihak Syarikat dan pelanggan bagi menyelesaikan sebarang masalah atau isu mengenai kenderaan mereka dengan cara yang berkesan, berhemah dan profesional.
*Juga bekerjasama dengan pihak dalaman dan luaran bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Requirements
Perantis Mekanik :
*SPM/SPMV/STPM dan Sijil SKM/MLVK Tahap 1 & 2 Mekanik Kenderaan Motor
*Had umur 18 Tahun hingga 26 Tahun
*Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah
*Boleh bekerja secara berkumpulan dengan baik
*Berpengetahuan dalam aplikasi komputer
*Boleh bekerja secara berkumpulan dengan seliaan yang minimum
Perantis Penasihat Servis :
*Diploma Kejuruteraan Mekanikal/Elektrikal
*Lulusan Ijazah dalam bidang kejuruteraan juga digalakkan memohon
*Had umur 18 tahun hingga 26 tahun
*Perwatakan yang menarik serta boleh berkomunikasi dengan baik terhadap pelanggan dan rakan sekerja
*Bijak menangani tekanan dengan berkesan
*Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
*Mahir dalam aplikasi komputer
*Berpengetahuan dalam asas teknikal automotif merupakan satu kelebihan
*Berorientasikan pelanggan
Calon-calon yang berminat, anda di jemput hadir ke sesi temuduga terbuka di lokasi berikut:
TEMUDUGA TERBUKA - PERANTIS MEKANIK & PERANTIS PENASIHAT SERVIS
Tarikh : 6 Februari 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Waktu Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Perodua Sales Sdn Bhd (HQ/Ibu Pejabat)
Sungai Choh, Locked Bag 226, 48009 Rawang, Selangor
Tel : 03-60928888 (samb./ext: 5357/3623/3347)
E-mail to hrpssb@perodua.com.my
Sila bawa bersama surat permohonan beserta resume, salinan asal dan fotostat kad pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil berkaitan dan 1 keping gambar berukuran pasport ke sesi temuduga. Kepada sesiapa yang berminat, tetapi tidak berpeluang untuk menghadiri temuduga terbuka pada hari yang dinyatakan, sila hantar permohonan anda di alamat yang tertera diatas.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-60928888 samb. 5357/3623/3347.